background

Wednesday, February 23, 2011

Fakta-Fakta Menarik



1. Berapakah berat kepala anda??
    Berat normal ialah lebih kurang 7.5% daripada berat badan seseorang manusia. jika berat badan anda lebih kurang 40kg, maka berat kepada anda adalah sekitar 3 kg. jika ada seseorang yang mempunyai berat badan 90kg, bermakna berat kepala nya adalah 6.75kg.
    Ada banyak benda yang membentuk jisim di dalam kepala. antaranya, kepada anda mempunyai 22 tulang - kranium yang melindungi otak, mempunyai 8 tulang dan muka, 14. jadi, bila anda letih bila menegakkan kepala, anda tahu kenapa. ia berat!!.


2. Apabila kita membuang air kecil, badan akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh.


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi anda. ia umpama kita membuka minuman berkarbonat, gas yang akan meletup keluar sebaik penutup botol dibuka. hanya sekali sahaja letupan boleh berlaku kerana kita perlu menunggu lama untuk buih tersebut terbentuk semula.


4. Wanita mengelipkan mata 2 kali lebih kerap daripada lelaki ; jantung wanita berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Ada yang boleh jawap, kenapa?


5. Tonsurphobia adalah ketakutan kepada memotong rambut.


6. 4 fakta ringkas yang menarik: Venus merupakan satu-satunya planet yang berputar mengikut arah lawan jam. Ke-2, manusia hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. Ke-3, apabila marah, Tasmanian devil (sejenis haiwan yang hidup di Pulau Tasmania, Selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. dan Ke-4, apabila si genius Albert Einstein mengangkat sumpah menjadi warga amerika, dia menghadiri majlis tersebut tanoa memakai stoking.


7. Kaca gelas pecah dengan kelajuan 4,827 km/j


8. Kita lebih berisiko untuk dipanah petir daripada dimakan jerung; kita lebih berisiko disengat lebah pada cuaca berangin berbanding cuaca tenang; dan tubuh kita lebih banyak membakar kalori ketika tidur berbanding ketika duduk menonton televisyen.


9. 3 fakta ringkas mengenai keajaiban tibuh manusia; badan kita menghasilkan 2 kuart (2.272 liter ailiur setiap hari. Otak manusia mengandungi 80% air dan yang terakhir, otot membentuk separuh daripada berat badan kita.


10. Belang yang kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tetapi juga pada kulitnya.


note : itu ja la fakta yang aku dapat cari setakat ini. nnt aku sambung lagi fakta2 yang menarik.

2 comments:

  1. tol ka fakta2 tue, especially yg fakta tdr 2... patut la makin sya tdr makin kurus pla sya kan.. haahaha

    ReplyDelete