background

Sunday, December 25, 2016

Aku Ingin Aktif sekali lagi

Assalamualaikum..

1. Setelah lama tidak mengaktifkan diri dalam dunia blog, kali ini aku kembali untuk menulis diruang blog ini disebabkan terlalu banyak masa kosong.

2. Dengan blog2 yg ada ini, aku mungkin dapat mencari kawan baru. Kawan baru, terlalu banyak kisahnya. secara jujurnya banyak sgt ingin ak ceritakan kepada kamu semua..




Tuesday, January 8, 2013

Masa itu Emas

Selamat Pagi..

Awal2 pagi telah didatangi dengan seseorang hamba Allah yg bertanya benda yg tidak masuk akal. apakah maknanya itu.. tapi aku sebagai org yg cool jak, x kisah benda semua tu.. hahaha..

Sebenarnya, org tu tnya knp lmbt dtg jer pun.. aduhai, dah jam btl jalan tdi, yg ida tnya soalan tu knpa.. selama ni org dtg lmbt x pla sibuk2 kan.. mgkn ada suami dia tu yg dia tanya tu.. PELIKK...

hari ni kerja dgn 1 semangat yg jitu.. haha.. kerja 1 org mcm mau gila punya.. mcm kelmarin la.. GILA.. byk pula yg dtg.. budak sekolah la.. yg hairan kan, budak sekolah time cuti sekolah 2 bln lepas, tak pula byk dtg atas sebab sakit. kali musim sekolah, mcm sakit. ketara betul la x mau sekolah. Sepanjang persekolah bermula, hampir 50% pesakit yg dtg ada budak sekolah.. Cool la sangat kan.. tp apa kess...

haha.. marah dgn budak sekolah ni.. BTW, gud morning u all... have a nice day..

p/s : budak sekolah sj ja.. sakit selesema yg 2 minggu da bru dtg hari ni.. yg cuti lepas tu pergi mana?? tolong jawab...

Monday, January 7, 2013

Tahun 2013 - Azam, Harapan dan Kenyataan!!

Assalamualaikum Warga Blog..

My 1st post for this new year.. awesome.. btw, selamat tahun baru 2013.. Semestinya kita mempunyai azam yang baru seperti mana juga aku.. setiap org mempunyai azam kan..kan.. harapan, ya, kita berharap azam kita akan tercapaikan tapi bagaimana??/ so, fikirkan la..

Tahun baru ini, sama2 kita menanam impian untuk mencapaikan azam yg belum tercapaikan..

kenyataan... Tggu dan lihat saja.. sebab semua tu mesti darilah usaha kita sendiri..

Seperti aku, tahun ini aku berazam ingin memperbaiki kelemahan dlu. Dari segi apa, byk sekali subnya.. tp kena perlahan-lahan.. sebab untuk memperbaiki sesuatu kelemahan perlulah belajar dari kesilapan yg lepas.

Mau naik SKT lagi thn ni..

Byee... see u next post...

p/s : lama sudah x post.. so, buang masa sikit dkt blog.. nama baru k...

jejaks3.blogspot.com..

Wednesday, February 23, 2011

Fakta-Fakta Menarik



1. Berapakah berat kepala anda??
    Berat normal ialah lebih kurang 7.5% daripada berat badan seseorang manusia. jika berat badan anda lebih kurang 40kg, maka berat kepada anda adalah sekitar 3 kg. jika ada seseorang yang mempunyai berat badan 90kg, bermakna berat kepala nya adalah 6.75kg.
    Ada banyak benda yang membentuk jisim di dalam kepala. antaranya, kepada anda mempunyai 22 tulang - kranium yang melindungi otak, mempunyai 8 tulang dan muka, 14. jadi, bila anda letih bila menegakkan kepala, anda tahu kenapa. ia berat!!.


2. Apabila kita membuang air kecil, badan akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh.


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi anda. ia umpama kita membuka minuman berkarbonat, gas yang akan meletup keluar sebaik penutup botol dibuka. hanya sekali sahaja letupan boleh berlaku kerana kita perlu menunggu lama untuk buih tersebut terbentuk semula.


4. Wanita mengelipkan mata 2 kali lebih kerap daripada lelaki ; jantung wanita berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Ada yang boleh jawap, kenapa?


5. Tonsurphobia adalah ketakutan kepada memotong rambut.


6. 4 fakta ringkas yang menarik: Venus merupakan satu-satunya planet yang berputar mengikut arah lawan jam. Ke-2, manusia hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. Ke-3, apabila marah, Tasmanian devil (sejenis haiwan yang hidup di Pulau Tasmania, Selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. dan Ke-4, apabila si genius Albert Einstein mengangkat sumpah menjadi warga amerika, dia menghadiri majlis tersebut tanoa memakai stoking.


7. Kaca gelas pecah dengan kelajuan 4,827 km/j


8. Kita lebih berisiko untuk dipanah petir daripada dimakan jerung; kita lebih berisiko disengat lebah pada cuaca berangin berbanding cuaca tenang; dan tubuh kita lebih banyak membakar kalori ketika tidur berbanding ketika duduk menonton televisyen.


9. 3 fakta ringkas mengenai keajaiban tibuh manusia; badan kita menghasilkan 2 kuart (2.272 liter ailiur setiap hari. Otak manusia mengandungi 80% air dan yang terakhir, otot membentuk separuh daripada berat badan kita.


10. Belang yang kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tetapi juga pada kulitnya.


note : itu ja la fakta yang aku dapat cari setakat ini. nnt aku sambung lagi fakta2 yang menarik.

Tuesday, February 22, 2011

Aku Join RM20segera



Assalamualaikum...


entry aku kali ini, saja2 mau buat bising. Aku mau cta sal RM20segera. Ada la kawan aku suruh aku join sal ni. Mulanya aku fikir, betul ke tak ni. kawan aku cakap, modal pun just RM20 jak. Aku fikir2 la, n then baik aku join jak. Xpa la, RM20, modal yg dikeluarkan tu xbesar sangat. Memang la perasaan takut tu ada tapi untuk menyertai sesuatu perlu ada risiko nya. Bisness la ni.. kadang kala kita untung, kalau xbernasib baik kita rugi la..
Pasal duit tu, mmg banyak boleh kita lakukan tapi setelah aku fikir2, xpa la.. untuk kali ni ja.. aku mau tengok sejauh mana kebenarannya..


Tapi kelmarin, kawan aku yang baru join belum sampai sehari pun, da dapat RM60. tp aku rasa dia ni mmg aktif ckit la.. Mungkin betul la sal RM20 ni.. Bagi aku la, baik kita belanja duit ni untuk ni daripada beli 4D ka dan seumpamanya sebab yang tu belum tentu dapat. Apa yang bestnya, duit terus masuk ke akaun kita nni.. apa yang penting kita mesti pandai cari downline. tu sj. kita post la dekat mana2.. 


jadi kepada sesaipa yang mahu mencuba, klik link ni http://www.rm20segera.com/?r=zarizfahmi
 Boleh tany aku sekiranya korang tidak tahu.. Contact la aku k... aku ni sedia membantu.


note : bagi aku apa2 peraduan yang kita sertai mempunyai risiko tersendiri. jadi, bagi aku ni, biar la RM20 tu xdpt. sedekah sahaja kepada org yg mengambilnya...

Tuesday, February 15, 2011

Dunia Akhir Zaman ( Part 2 )


Ini adalah kesinambungan untuk kisah DUNIA AKHIR ZAMAN PART 1. Untuk bahagian ini, cerita ini mengisahkan tentang dajjal Laknatullah yang akan sentiasa berusaha menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW.. Ikuti kisah ini..


Kisah kekuasaan Dajjal akan dibuka, bersediala untuk terima hakikat sebenar bahawa dunia yang kamu hidup sekarang ini adalah satu dunia ilusi ciptaan Dajjal laknatullah. Satu dunia yang hanya wujud dalam minda kamu, satu dunia palsu.

Pernah kamu bayangkan mengapa seekor burung dapat membesar dan terbang bebas di angkasa, keluar pagi dengan perut lapar dan pulang petang dengan perut kenyang tetapi kita manusia tetap akan lapar kalau tiada WANG? Apakah wang itu? Wang itu adalah kertas yang diberi nilai. Apakah itu nilai pada wang? Suatu bentuk penghargaan yang berada di dalam minda. Tanpa nilai, wang hanyalah tak ubah seperti tisu yang kita guna untuk lap tangan dan buang lepas makan di kedai.

Tak cukup dengan membuat kita bergantung kepada duit, Dajjal membuat kita bergantung kepada BARANGAN BUATAN MANUSIA berbanding barangan buatan Tuhan. Siapa di antara kita yang lebih suka mengadap komputer dari berjalan2 di waktu petang sambil menghirup udara nyaman dan meneliti dedaunan yang jatuh, betapa hebatnya pokok dicipta tak rebah ditiup angin, betapa hebat burung dicipta dapat terbang tanpa perlu diisi minyak. Tapi kita masih duduk depan pc mengadap facebook. 

Selepas bergantung kepada barangan, Dajjal nak pisahkan agama dari kehidupan manusia. Maka diberikan hiburan yang cukup melimpah ruah, dari nyayian, alat muzik, bola sepak, fesyen terbaru, beh tangan, kasut, night club, arak, dan banyak lagi sampai tak terhitung. Manusia mulai menyukai semua hiburan ini dan sedikit demi seidikit meninggalkan al-Quran. Dan generasi seterusnya jangankan membaca al-Quran, mempelajarinya pun tiada masa. 

Akibat perbuatan dosa yang dilakukan secara berleluasa, rasa bersalah manusia kepada Tuhannya semakin kurang dan lama-lama tak rasa bersalah langsung. Menutup aurat kerana rasa malu telah hilang malah RASA MALU KERANA MENUTUP AURAT! Bila aurat dibuka, mereka terasa bangga kerana kononnya maju. Kaum lelaki yang melihat, saban hari mengalami penderitaan mental kerana melawan nafsu.. dan akhirnya berlakulah penzinaan, rogol dan sebagainya namun lelaki tetap dipersalahkan. Lelaki muda bernafsu kuat bukan kaya, tapi orang perempuan letak mas kahwin tinggi menggila.

Kini, manusia menyembah dunia yang dicipta oleh Dajjal, ada yang mengaku beragama Islam namun minum arak, berpeluk dengan bukan muhrim malahan berzina. Mereka ni golongan derhaka atau Fasiq. 
Berapa ramai di antara kita yang gagal membaca al-Quran dengan fasih? Yang tak memahami maksud (terjemahan) dalam al-Quran? Bahkan sikit sekali yang dapat memahami intipati Al-Quran.

Perhatikan sekeliling anda, apakah anda bebas seperti burung yang menjadi hamba Allah swt, atau terikat kerana menjadi hamba Dajjal? Wallahua'lam - IN



note: terima kasih kerana mengikut kisah ini untuk bhgn ke2.. sm2 la kita berdoa kepada Allah SWT untuk dihindari drpd Fitnah Dajjal Laknatullah...

Dunia Akhir Zaman ( Part 1)



Kisah ini adalah berkaitan dengan Kehadiran Imam Mahdi dan Dajjal yang akan muncul pada dunia akhir zaman ini.
untuk lebih mengetahui, ikutilah cerita dibawah ini.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa yang bakal dicoretkan di sini adalah hasil kajian dan penelitian yang cukup lama. Namun begitu, saya tidak akan menyentuhnya secara amat terperinci melainkan telah di'make-up' supaya dapat diterima umum kerana saya tau ramai yang sepatutnya tak patut baca tapi degil jugak nak baca.

Menurut pelbagai hadis perihal akhir zaman, ketika dunia dipenuhi kezaliman, manusia berada dalam keadaan huru hara. Kehidupan diresakan cukup sempit dan perit, penuh kesengsaraan, setiap manusia menunggu dengan penuh harapan agar seorang penyelamat muncul dan membebaskan mereka dari belenggu penderitaan. Dan memang diberitakan oleh Rasulullah saw bahawa akan muncul seorang lelaki dari keturunannya yang akan memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana dunia dipenuhi kezaliman. Gelaran lelaki itu adalah Al-Mahdi (lelaki yang diberi petunjuk) atau Imam Mahdi.

Perihal al-Mahdi ini, Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Abdullah, berketurunan Rasulullah saw, dikatakan dari kedua-dua keturunan Hassan dan Hussein. Dia tidak mengetahui bahawa dia adalah Al-Mahdi dan apabila dia mengetahuinya, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengakuinya sehinggalah diancam bunuh ketika di tanah haram. Bukanlah beliau mengakui beliau Al-Mahdi kerana takut mati, tetapi beliau terpaksa menerima kerana jika beliau mati, tiada lagi Al-Mahdi yang akan memimpin manusia. Beliau diubah oleh Allah swt dalam 1 malam sahaja, oleh itu, kisah silamnya menjadi misteri.

Satu watak penting yang muncul sebelum Imam Mahdi adalah Pemuda Bani Tamim. Beliau boleh dikatakan orang kanan Imam Mahdi. Beliau bersama 313 Ikhwan akan meminta kepada kebaikan tapi ditolak. Bila ditolak, mereka tiada pilihan kecuali berjuang dan apabila mereka berjuang, mereka tak pernah kalah sehinggalah mereka diberi kebaikan yang diminta (kebaikan ini menurut saya adalah pemerintahan Islam). Apabila mereka diberi kebaikan itu, mereka taknak terima pula.. MELAINKAN ia diberi kepada Imam Mahdi. Secara ringkasnya, perjuangan pemuda bani tamim (PBT) boleh diibaratkan seperti bina rumah, dari pilih tapak, ratakan tapak, naik tiang, sampai kepada mengecat. Kemudian rumah itu diserahkan kepada IM untuk disempurnakan, diletakkan perabot, langsir, landskap dsb.

Sekarang masuk bahagian yang mengerikan dan mungkin tak dapat diterima. Kalau anda nak berhenti membaca, ini peluang terakhir anda, kalau diteruskan jugak, saya sama sekali tak bertanggungjawab.

Ketika PBT dan IM keluar, dunia di bawah kekuasaan Dajjal. Yang menolak ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh IM dan rakan-rakannya adalah orang Islam sendiri. Ingat bagaimana orang Yahudi menolak kerasulan Rasulullah saw? Begitulah IM akan ditolak. Oleh itu, berwaspadalah kalian agar jangan jadi orang yang menolak Imam Mahdi TETAPI janganlah kalian menjadi pengikut al-Mahdi palsu kerana cukup ramai manusia pada zaman ini yang mengaku sebagai al-Mahdi. Bersambung untuk kisah Dajjal yang seterusnya.. Siapakah Dajjal yang sebenar. tunggu dan nantikan.



note : terima kasih kepada 1,000,000 peoples hate AKADEMI FANTASIA kerana telah memberikan maklumat yang penting untuk panduan kita bersama..