Aku hanyalah insan biasa yang akan berkongsi perkara-perkara yang baik untuk anda.
background
Tuesday, February 15, 2011
Dunia Akhir Zaman ( Part 1)
Kisah ini adalah berkaitan dengan Kehadiran Imam Mahdi dan Dajjal yang akan muncul pada dunia akhir zaman ini.
untuk lebih mengetahui, ikutilah cerita dibawah ini.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Apa yang bakal dicoretkan di sini adalah hasil kajian dan penelitian yang cukup lama. Namun begitu, saya tidak akan menyentuhnya secara amat terperinci melainkan telah di'make-up' supaya dapat diterima umum kerana saya tau ramai yang sepatutnya tak patut baca tapi degil jugak nak baca.
Menurut pelbagai hadis perihal akhir zaman, ketika dunia dipenuhi kezaliman, manusia berada dalam keadaan huru hara. Kehidupan diresakan cukup sempit dan perit, penuh kesengsaraan, setiap manusia menunggu dengan penuh harapan agar seorang penyelamat muncul dan membebaskan mereka dari belenggu penderitaan. Dan memang diberitakan oleh Rasulullah saw bahawa akan muncul seorang lelaki dari keturunannya yang akan memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana dunia dipenuhi kezaliman. Gelaran lelaki itu adalah Al-Mahdi (lelaki yang diberi petunjuk) atau Imam Mahdi.
Perihal al-Mahdi ini, Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Abdullah, berketurunan Rasulullah saw, dikatakan dari kedua-dua keturunan Hassan dan Hussein. Dia tidak mengetahui bahawa dia adalah Al-Mahdi dan apabila dia mengetahuinya, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengakuinya sehinggalah diancam bunuh ketika di tanah haram. Bukanlah beliau mengakui beliau Al-Mahdi kerana takut mati, tetapi beliau terpaksa menerima kerana jika beliau mati, tiada lagi Al-Mahdi yang akan memimpin manusia. Beliau diubah oleh Allah swt dalam 1 malam sahaja, oleh itu, kisah silamnya menjadi misteri.
Satu watak penting yang muncul sebelum Imam Mahdi adalah Pemuda Bani Tamim. Beliau boleh dikatakan orang kanan Imam Mahdi. Beliau bersama 313 Ikhwan akan meminta kepada kebaikan tapi ditolak. Bila ditolak, mereka tiada pilihan kecuali berjuang dan apabila mereka berjuang, mereka tak pernah kalah sehinggalah mereka diberi kebaikan yang diminta (kebaikan ini menurut saya adalah pemerintahan Islam). Apabila mereka diberi kebaikan itu, mereka taknak terima pula.. MELAINKAN ia diberi kepada Imam Mahdi. Secara ringkasnya, perjuangan pemuda bani tamim (PBT) boleh diibaratkan seperti bina rumah, dari pilih tapak, ratakan tapak, naik tiang, sampai kepada mengecat. Kemudian rumah itu diserahkan kepada IM untuk disempurnakan, diletakkan perabot, langsir, landskap dsb.
Sekarang masuk bahagian yang mengerikan dan mungkin tak dapat diterima. Kalau anda nak berhenti membaca, ini peluang terakhir anda, kalau diteruskan jugak, saya sama sekali tak bertanggungjawab.
Ketika PBT dan IM keluar, dunia di bawah kekuasaan Dajjal. Yang menolak ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh IM dan rakan-rakannya adalah orang Islam sendiri. Ingat bagaimana orang Yahudi menolak kerasulan Rasulullah saw? Begitulah IM akan ditolak. Oleh itu, berwaspadalah kalian agar jangan jadi orang yang menolak Imam Mahdi TETAPI janganlah kalian menjadi pengikut al-Mahdi palsu kerana cukup ramai manusia pada zaman ini yang mengaku sebagai al-Mahdi. Bersambung untuk kisah Dajjal yang seterusnya.. Siapakah Dajjal yang sebenar. tunggu dan nantikan.
note : terima kasih kepada 1,000,000 peoples hate AKADEMI FANTASIA kerana telah memberikan maklumat yang penting untuk panduan kita bersama..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment