background

Wednesday, February 23, 2011

Fakta-Fakta Menarik



1. Berapakah berat kepala anda??
    Berat normal ialah lebih kurang 7.5% daripada berat badan seseorang manusia. jika berat badan anda lebih kurang 40kg, maka berat kepada anda adalah sekitar 3 kg. jika ada seseorang yang mempunyai berat badan 90kg, bermakna berat kepala nya adalah 6.75kg.
    Ada banyak benda yang membentuk jisim di dalam kepala. antaranya, kepada anda mempunyai 22 tulang - kranium yang melindungi otak, mempunyai 8 tulang dan muka, 14. jadi, bila anda letih bila menegakkan kepala, anda tahu kenapa. ia berat!!.


2. Apabila kita membuang air kecil, badan akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh.


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi anda. ia umpama kita membuka minuman berkarbonat, gas yang akan meletup keluar sebaik penutup botol dibuka. hanya sekali sahaja letupan boleh berlaku kerana kita perlu menunggu lama untuk buih tersebut terbentuk semula.


4. Wanita mengelipkan mata 2 kali lebih kerap daripada lelaki ; jantung wanita berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Ada yang boleh jawap, kenapa?


5. Tonsurphobia adalah ketakutan kepada memotong rambut.


6. 4 fakta ringkas yang menarik: Venus merupakan satu-satunya planet yang berputar mengikut arah lawan jam. Ke-2, manusia hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. Ke-3, apabila marah, Tasmanian devil (sejenis haiwan yang hidup di Pulau Tasmania, Selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. dan Ke-4, apabila si genius Albert Einstein mengangkat sumpah menjadi warga amerika, dia menghadiri majlis tersebut tanoa memakai stoking.


7. Kaca gelas pecah dengan kelajuan 4,827 km/j


8. Kita lebih berisiko untuk dipanah petir daripada dimakan jerung; kita lebih berisiko disengat lebah pada cuaca berangin berbanding cuaca tenang; dan tubuh kita lebih banyak membakar kalori ketika tidur berbanding ketika duduk menonton televisyen.


9. 3 fakta ringkas mengenai keajaiban tibuh manusia; badan kita menghasilkan 2 kuart (2.272 liter ailiur setiap hari. Otak manusia mengandungi 80% air dan yang terakhir, otot membentuk separuh daripada berat badan kita.


10. Belang yang kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tetapi juga pada kulitnya.


note : itu ja la fakta yang aku dapat cari setakat ini. nnt aku sambung lagi fakta2 yang menarik.

Tuesday, February 22, 2011

Aku Join RM20segera



Assalamualaikum...


entry aku kali ini, saja2 mau buat bising. Aku mau cta sal RM20segera. Ada la kawan aku suruh aku join sal ni. Mulanya aku fikir, betul ke tak ni. kawan aku cakap, modal pun just RM20 jak. Aku fikir2 la, n then baik aku join jak. Xpa la, RM20, modal yg dikeluarkan tu xbesar sangat. Memang la perasaan takut tu ada tapi untuk menyertai sesuatu perlu ada risiko nya. Bisness la ni.. kadang kala kita untung, kalau xbernasib baik kita rugi la..
Pasal duit tu, mmg banyak boleh kita lakukan tapi setelah aku fikir2, xpa la.. untuk kali ni ja.. aku mau tengok sejauh mana kebenarannya..


Tapi kelmarin, kawan aku yang baru join belum sampai sehari pun, da dapat RM60. tp aku rasa dia ni mmg aktif ckit la.. Mungkin betul la sal RM20 ni.. Bagi aku la, baik kita belanja duit ni untuk ni daripada beli 4D ka dan seumpamanya sebab yang tu belum tentu dapat. Apa yang bestnya, duit terus masuk ke akaun kita nni.. apa yang penting kita mesti pandai cari downline. tu sj. kita post la dekat mana2.. 


jadi kepada sesaipa yang mahu mencuba, klik link ni http://www.rm20segera.com/?r=zarizfahmi
 Boleh tany aku sekiranya korang tidak tahu.. Contact la aku k... aku ni sedia membantu.


note : bagi aku apa2 peraduan yang kita sertai mempunyai risiko tersendiri. jadi, bagi aku ni, biar la RM20 tu xdpt. sedekah sahaja kepada org yg mengambilnya...

Tuesday, February 15, 2011

Dunia Akhir Zaman ( Part 2 )


Ini adalah kesinambungan untuk kisah DUNIA AKHIR ZAMAN PART 1. Untuk bahagian ini, cerita ini mengisahkan tentang dajjal Laknatullah yang akan sentiasa berusaha menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW.. Ikuti kisah ini..


Kisah kekuasaan Dajjal akan dibuka, bersediala untuk terima hakikat sebenar bahawa dunia yang kamu hidup sekarang ini adalah satu dunia ilusi ciptaan Dajjal laknatullah. Satu dunia yang hanya wujud dalam minda kamu, satu dunia palsu.

Pernah kamu bayangkan mengapa seekor burung dapat membesar dan terbang bebas di angkasa, keluar pagi dengan perut lapar dan pulang petang dengan perut kenyang tetapi kita manusia tetap akan lapar kalau tiada WANG? Apakah wang itu? Wang itu adalah kertas yang diberi nilai. Apakah itu nilai pada wang? Suatu bentuk penghargaan yang berada di dalam minda. Tanpa nilai, wang hanyalah tak ubah seperti tisu yang kita guna untuk lap tangan dan buang lepas makan di kedai.

Tak cukup dengan membuat kita bergantung kepada duit, Dajjal membuat kita bergantung kepada BARANGAN BUATAN MANUSIA berbanding barangan buatan Tuhan. Siapa di antara kita yang lebih suka mengadap komputer dari berjalan2 di waktu petang sambil menghirup udara nyaman dan meneliti dedaunan yang jatuh, betapa hebatnya pokok dicipta tak rebah ditiup angin, betapa hebat burung dicipta dapat terbang tanpa perlu diisi minyak. Tapi kita masih duduk depan pc mengadap facebook. 

Selepas bergantung kepada barangan, Dajjal nak pisahkan agama dari kehidupan manusia. Maka diberikan hiburan yang cukup melimpah ruah, dari nyayian, alat muzik, bola sepak, fesyen terbaru, beh tangan, kasut, night club, arak, dan banyak lagi sampai tak terhitung. Manusia mulai menyukai semua hiburan ini dan sedikit demi seidikit meninggalkan al-Quran. Dan generasi seterusnya jangankan membaca al-Quran, mempelajarinya pun tiada masa. 

Akibat perbuatan dosa yang dilakukan secara berleluasa, rasa bersalah manusia kepada Tuhannya semakin kurang dan lama-lama tak rasa bersalah langsung. Menutup aurat kerana rasa malu telah hilang malah RASA MALU KERANA MENUTUP AURAT! Bila aurat dibuka, mereka terasa bangga kerana kononnya maju. Kaum lelaki yang melihat, saban hari mengalami penderitaan mental kerana melawan nafsu.. dan akhirnya berlakulah penzinaan, rogol dan sebagainya namun lelaki tetap dipersalahkan. Lelaki muda bernafsu kuat bukan kaya, tapi orang perempuan letak mas kahwin tinggi menggila.

Kini, manusia menyembah dunia yang dicipta oleh Dajjal, ada yang mengaku beragama Islam namun minum arak, berpeluk dengan bukan muhrim malahan berzina. Mereka ni golongan derhaka atau Fasiq. 
Berapa ramai di antara kita yang gagal membaca al-Quran dengan fasih? Yang tak memahami maksud (terjemahan) dalam al-Quran? Bahkan sikit sekali yang dapat memahami intipati Al-Quran.

Perhatikan sekeliling anda, apakah anda bebas seperti burung yang menjadi hamba Allah swt, atau terikat kerana menjadi hamba Dajjal? Wallahua'lam - IN



note: terima kasih kerana mengikut kisah ini untuk bhgn ke2.. sm2 la kita berdoa kepada Allah SWT untuk dihindari drpd Fitnah Dajjal Laknatullah...

Dunia Akhir Zaman ( Part 1)



Kisah ini adalah berkaitan dengan Kehadiran Imam Mahdi dan Dajjal yang akan muncul pada dunia akhir zaman ini.
untuk lebih mengetahui, ikutilah cerita dibawah ini.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apa yang bakal dicoretkan di sini adalah hasil kajian dan penelitian yang cukup lama. Namun begitu, saya tidak akan menyentuhnya secara amat terperinci melainkan telah di'make-up' supaya dapat diterima umum kerana saya tau ramai yang sepatutnya tak patut baca tapi degil jugak nak baca.

Menurut pelbagai hadis perihal akhir zaman, ketika dunia dipenuhi kezaliman, manusia berada dalam keadaan huru hara. Kehidupan diresakan cukup sempit dan perit, penuh kesengsaraan, setiap manusia menunggu dengan penuh harapan agar seorang penyelamat muncul dan membebaskan mereka dari belenggu penderitaan. Dan memang diberitakan oleh Rasulullah saw bahawa akan muncul seorang lelaki dari keturunannya yang akan memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana dunia dipenuhi kezaliman. Gelaran lelaki itu adalah Al-Mahdi (lelaki yang diberi petunjuk) atau Imam Mahdi.

Perihal al-Mahdi ini, Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Abdullah, berketurunan Rasulullah saw, dikatakan dari kedua-dua keturunan Hassan dan Hussein. Dia tidak mengetahui bahawa dia adalah Al-Mahdi dan apabila dia mengetahuinya, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengakuinya sehinggalah diancam bunuh ketika di tanah haram. Bukanlah beliau mengakui beliau Al-Mahdi kerana takut mati, tetapi beliau terpaksa menerima kerana jika beliau mati, tiada lagi Al-Mahdi yang akan memimpin manusia. Beliau diubah oleh Allah swt dalam 1 malam sahaja, oleh itu, kisah silamnya menjadi misteri.

Satu watak penting yang muncul sebelum Imam Mahdi adalah Pemuda Bani Tamim. Beliau boleh dikatakan orang kanan Imam Mahdi. Beliau bersama 313 Ikhwan akan meminta kepada kebaikan tapi ditolak. Bila ditolak, mereka tiada pilihan kecuali berjuang dan apabila mereka berjuang, mereka tak pernah kalah sehinggalah mereka diberi kebaikan yang diminta (kebaikan ini menurut saya adalah pemerintahan Islam). Apabila mereka diberi kebaikan itu, mereka taknak terima pula.. MELAINKAN ia diberi kepada Imam Mahdi. Secara ringkasnya, perjuangan pemuda bani tamim (PBT) boleh diibaratkan seperti bina rumah, dari pilih tapak, ratakan tapak, naik tiang, sampai kepada mengecat. Kemudian rumah itu diserahkan kepada IM untuk disempurnakan, diletakkan perabot, langsir, landskap dsb.

Sekarang masuk bahagian yang mengerikan dan mungkin tak dapat diterima. Kalau anda nak berhenti membaca, ini peluang terakhir anda, kalau diteruskan jugak, saya sama sekali tak bertanggungjawab.

Ketika PBT dan IM keluar, dunia di bawah kekuasaan Dajjal. Yang menolak ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh IM dan rakan-rakannya adalah orang Islam sendiri. Ingat bagaimana orang Yahudi menolak kerasulan Rasulullah saw? Begitulah IM akan ditolak. Oleh itu, berwaspadalah kalian agar jangan jadi orang yang menolak Imam Mahdi TETAPI janganlah kalian menjadi pengikut al-Mahdi palsu kerana cukup ramai manusia pada zaman ini yang mengaku sebagai al-Mahdi. Bersambung untuk kisah Dajjal yang seterusnya.. Siapakah Dajjal yang sebenar. tunggu dan nantikan.



note : terima kasih kepada 1,000,000 peoples hate AKADEMI FANTASIA kerana telah memberikan maklumat yang penting untuk panduan kita bersama..

Monday, February 14, 2011

Fakta Coklat



Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat. 

Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.


Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan. 

Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasiahat pakar pemakanan.


Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah. 


note : harap dapat dijadikan panduan. tetapi tidak semestinya coklat cadbury la.. cari yang lain.. aku ni penggila coklat..

Friday, February 11, 2011

Sembang Sembang Bola Sepak (Part 1)



Assalamualaikum...


Hari ini, aku mahu sembang-sembang mengenai bola sepak pula. dalam negara atau luar negara.. mana2 jak kan. dua2 pun boleh. Sebelum aku mulakan cerita, rasanya belum terlambat lagi bagi aku mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara kerana berjaya menulang trofi piala AFF tahun ini dan seterusnya berjaya mengatasi Hong Kong Petang kelmarin-kelamrin dengan jaringan 2 berbalas kosong.


Mengenai mutu permainan bola sepak negara sekarang, aku dapat rasa ada sedikit peningkatan terhadap mutu permainan skuad negara kita. walaupun mutu permainan masih lagi belum seperti dahulu tetapi berlakunya peningkatan adalah amat diharapkan. berbangga la sikit. lagi pun skuad negara kita mempunyai pemain-pemain yang saya kira bertaraf antarabangsa. Antaranya adalah penyerang, MOHD SAFEE SALLEH, penjaga gol, KHAIRUL FAHMI(ala-ala nama aku pula, sori, terpaksa tumpang femas daripada nama ko) haha, dan xtau2 lagi.. korang la cri sendri. tp memang cukup hebat la..


tapi perlu diingatkan, permainan bola sepak adalah berpasukan, harusnya mempunyai kerjasama dan persefahaman yang tinggi untuk menang. walaupun mempunyai pemain bertaraf bintang tetapi jika tiada persefahamn, tidada makna juga. betul ka?? aku ni tau cakap ja.. tp main boleh la.. haha. tp sebagai rakyat Malaysia, rasa berbangga juga terhadap skuad negara kita. Jom kita baca ulasan daripada jurulatih negara, K.Rajagopal mengenai permainan skuad negara kita ketika perlawanan dengan Hongkong "'Mereka bermain dengan baik selain dapat melakukan beberapa percubaan ketika perlawanan berlangsung.
''Saya yakin mereka mampu memperbaiki kelemahan yang ada sekiranya dapat menyertai beberapa lagi perlawanan kompetitif seperti ini.
''Malah semangat yang dipamerkan oleh pemain juga amat tinggi walaupun ada penyerang kita iaitu Norshahrul masih belum sepenuhnya berada dalam kecergasan terbaik"
Jadi maknanya, permainan mutu skuad kita makin baik la.. hahaha...

Jadi, sekarang ni, semua haruslah buka mata mengenai  skuad bloa sepak kita.. tetapi perjalanan masih jauh lagi. diharapkan pemain negara tidak mudah lupa diri dan ingatlah di mana bumi berpijak. Berikan komen anda la..

note : aku suka main badminton n bola tampar. aku mau jadi mcm Datu Lee Chong Wei.. Boleh kan...
aku ada jersi malaysia baru juga.. heheheh

Thursday, February 10, 2011

Hanya Utk Org Tersayang..





Assalamualaikum..


Bingung... mcm xda idea pula apa mau ditulis sekarang. tp berdasarkan kepada permintaan, mereka mahu aku sambung balik cerita ku mengenai aku Pencinta wanita.. tp masalahnya aku belum dapat berfikir lagi pasal tu.. jadi, baik aku bercerita sal 1 budak perempuan yang aku suka... boleh?? tp xtau la mcm mana mau mula.. tp tunggu la dlu. Biar org semua tau yang aku suka dia.. haha.. tp diam2 ka aku suka dia atau dia sudah tahu.. mana2 jak la,. pilih sendiri..(tp aku da bgtau la)


xda apa aku mau cerita kali ini. just tulis-tulis tanpa tujuan. ok, cerita aku kali ini, just meluahkan perasaan ku jak..ada la gurl ni aku suka. haha.. da lama ku knl. xjuga lama. lbh kurang 1 tahun lbh mcm tu..xtau la, btl2 pla kau suka dia. aku jak la suka.. tp dia, aku xtauk lagi. BERTEPUK SEBELAH TANGAN JAK... hehehe.;. tp aku bsykr juga sbb dia aku xnmpk org lain da.. hahaha.. gembira pula aku.. keadaan skrg da seperti biasa, xmcm dulu. rindu pula aku mcm keadaan dulu.. mgkn perasaan aku ja tu. terima takdir ja..




kepada yang tersayang, lagu ni khas untuk dirimu..



Ungu
Cinta Dalam Hati lyrics

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

[Reff:]
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

note: sori dear.. terpaksa meluahkan perasaan ku di sini.. seperti yang dijanjikan masa ria.. nama dear aku ni *z*e*n.........hahaha. love may family.. 

Wednesday, February 9, 2011

Sahabat


Lirik Lagu Sahabat


Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan.
..
manalah takdir hendak dilawan
...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan

yang telah bersama sama kita lalui
 
suka dan duka memburu impian
..
moga teguh..nya ikatan ini
..

sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku
(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...
(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan 
yang telah bersama -sama kita lalui
 
suka dan duka memburu impian
...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai
...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata
..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa 
mendapat teman sepetimu
 
membimbing menasihatiku
...
hanya satu dlm beribu..... 

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai
....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini... hanyalah tinggal kenangan 
pertemuan kita dilamar perpisahan
 
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
 
sayup menitiskan air mataku



note : bestnya lagu ni.. lagu febret aku... dengar lagu ni... tp cri sndri lagu nya.. hehehe

Tuesday, February 8, 2011

Perbezaan Lelaki dan Perempuan..!!


Setiap makhluk yang dijadikan mempunyai keistimewaan masing-masing. Begitulah juga dalam kalangan manusia dimana Allah SWT telah menjadi manusia dalam keadaan lelaki dan perempuan. Sebagaimana yang diketahui umum, perenpuan dijadikan daripad tulang rusuk lelaki. baca kisah selanjutnya dibawah.
Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
… & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

note : baca arr.. perbezaan ini membuatkan lelaki dan perempuan saling memerlukan antara 1 sma lain. dan meningkatkan ladi kasih sayang. cewah.. terima kasih kepada blogger yang menyumbangkan teks di atas.

Monday, February 7, 2011

Perihal Lelaki dan Perempuan



LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas si Ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2 isterinya ,
3 anak perempuannya , dan
4 saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1 sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

note : tersentuh pula aku membaca petikan di atas. Terima kasih kepada blog buatrenungan2u. untuk lebih informasi, boleh lawat blog ini -> http://buatrenungan2u.blogspot.com

Sunday, February 6, 2011

Diriku ini (Part 1)

Assalamualaikum....

Hari ini, apa aku mau post arr..
Fikir dlu.. banyak cerita tapi xtau mau ceritakan.. jadi, biarkan ja..


gambar di atas adalah Family ku.. tp gmbr lama da. tahun 2008.. sekarang, banyak da perubahan.. let mu introduce myself first.. nama saya, korang tau la kan.. umur tu, masih lagi muda.. hahaha.. peringkat student2 lgi. lepas tu. saya skrg study dkt sebuah kolej yang berada di kwsn Kuching Sarawak. tidak lama lagi saya adak menghabiskan pengajian saya, bhgian diploma. ni da last sem. ok then, anak ke-3 dari 5 org adik  beradik. tp saya spesial sikit(bangga sikit, hahahah) sebab saya ada 1 kakak, 1 abang, 1 adik lelaki, dan 1 adik perempaun. hehe.. best tak?? hehehe. Bapa saya masih lagi bekerja dan mama saya SRT. kakak dan abang saya da bekerja. n kedua-dua adik saya masih lagi belajar. da, serba sedikit my profile..


gambar yang atas ni pula kwn2 aku 1 kelas dlu time form 5. masa form 4, banyak dlm kelas ni. tp byk yang pindah, jadilah jumlah mcm ni. sian kan. hanya 11 orang jak. 3 org laki, 8 org perempuan. kelas aku nama 5 volta. hehe.. best friend aku sini mestilah semuanya. sebab sikit jak kan. jd senang la.. Tp orang2 yang paling bising adalah Fathyn, Jun, Ct n Elfha.. aku masa tu jadi budak baik. hahaha..Tp bising2 dorang, top juga dalam kelas. tabik la pada dorang. banyak story best masa sekolah tp malas mau cerita. hahaha. yang paling best, cdaknya meng"usha2" cikgu.. hahaha.. da, cerita seterusnya lagi.

Selepas tu, masuk matrix labuan. xbanyak pengalaman ku di sini. ada lah 2-3 jak. lagipun, aku malas da mau ingat cerita pasal matrix. sebab, banyak yang pahit dari yang manis. jadi, aku jadi terlalu malas untuk mengingatinya. hanya akan menyakitkan hati..
mcm cerita sedih pula.. ok, tunggu cerita ku yang kedua(part 2) di kolej Kuching Sarawak..

note : xda kena mengena dengan apa2. (apa ayat aku ni)

Saturday, February 5, 2011

Nabi Lut dan Kaum-Nya

Kisah ini menceritakan tentang perbuatan kaum nabi Lut. Nabi Lut menghadapi perbuatan jelak kaumnya iaitu kaum sodom yang tidak dapat dikekang kehendak mereka bagi melakukan hubungan sejenis. Satu perilaku yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia sejak zaman Nabi Adam A.S. Allah mengutuskan tiga malaikat iaitu Jibrail, Mikail dan Israfil bagi meranapkan kaum ini. Dalam perjalanan ke arah kaum Sodom, Malaikat-malaikat ini singgah bagi menemui nabi Ibrahim dan Sarah. Oleh kerana Nabi Ibrahim menganggap mereka sebagai tetamu, maka beliau menghidang lembu panggang tetapi beliau mula merasa hairan dan takut kerana mereka tidak menyentuh makanan itu. kemudian mereka memberitahu kepadanya yang mereka adalah malaikat yang diutus bagi melingkupkan kaum Sodom yang berdosa itu serta membawa berita gembira mengenai anak yang akan dilahirkan oleh Sarah yang bernama Ishak (Nabi Ishak).


Malaikat-malaikat itu pun sampai di penempatan Nabi Lut lalu menyamar sebagai jejaka-jejaki tampan dan meminta dijadikan tetamu kepada anak perempuan nabi Lut. Beliau yang menyangka mereka itu manusia dengan segera memberitahu ayahnya supaya menerima mereka sebagai tetamu sebelum diganggu oleh penduduk setempat. Nabi Lut melayani mereka sebagai tetamu tanpa pengetahuan penduduk sekeliling, namun isterinya keluar dari rumah dan memberitahu orang ramai mengenai kehadiran jejaka-jejaka itu.


Maka orang ramai berkerumun di luar rumah Nabi Lut dan memaksa beliau menyerahkan tetamu-tetamunya supaya dapat dilakukan hubungan jijik dengan mereka. Keengganan Nabi Lut berbuat demikian tidak dapat menghalang kehendak luar tabii mereka itu. Lalu para malaikat itu memberitahu kepada nabi Lut supaya membawa keluarganya keluar dari kawasan penempatan itu kerana azab Allah akan tiba sebentar lagi. Mereka meminta supaya Nabi Lut tidak memandang ke belakang apabila azab diturunkan. mereka pun meninggalkan kampung halaman dan para malaikat membalikkan semua bandar yang berhampiran yang diduduki oleh kaum nabi Lut serta mereka dihujani batu-batandari langit. Pada ketika itu, isterinya menoleh kebelakang lalu ditimpa dengan batu itu. Beliau juga punca salah satu permasalahan kerana mendedahkan kehadiran tetamu di sisi suaminya. Kini, tempat turunnya azab itu adalah sebuah tasik yang tidak terdapat sebarang kehidupan kerana terlalu masin dan dikenali sebagai LAUT MATI.


note : petikan di atas diambil dari buku BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN..
tidak pandai mengarang aku ni...

Wednesday, February 2, 2011

Bila Lelaki Jatuh Cinta..!!!

Cinta, siapa yang tak ingin bercinta? Anda semua ingin bukan?
Cinta sudah menjadi fitrah manusia, yang lahir sejak azali. Dimana ada manusia, di situlah ada cinta. Cinta ada di mana-mana. Tidak kira lah samada cinta di kalangan keluarga, teman-teman, mahupun cinta kepada pasangan masing-masing.
Kebanyakan pasangan yang bercinta pastinya bermula dari perkenalan sesama sendiri bukan? Bak kata pepatah.. “Tak kenal maka tak cinta”. Sememangnya cinta itu hadir tanpa kita sedari. Tetapi kita dapat membaca samada seseorang itu sedang dilamun cinta atau tidak.
Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:
  1. Memberikan lebih perhatian.
      Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.
  2. Meluangkan masa untuk kamu.
      Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.
  3. Menerima kamu apa adanya.
      Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.
  4. Lebih romantis terhadap kamu.
      Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.
  5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
      Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.
  6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.
  7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
      Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.
  8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.
  9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
      Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.
  10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu
      “Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah..
Note: jiwang pula entri kali ni.. hehehe... selamat membaca.

Monday, January 31, 2011

Januari 2011 tamat...

assalamualaikum....

hi semua.. apa khbr.. hari ini hari terakhir pada bulan januari. 31/01/2011.. xsangka, da sebulan kita berada pada bulan januari. seterusnya berada pada bulan febuari. minggu ni, aku syif petang berada di medikal.. hahaha.. agak boring syof ptg. tp tgk la.. mcm mana..

hari ni aku masih mencari-cari apakah aktiviti yg sesuai utk aku buat. kelmarin sepanjang hari aku tgk anime jak.. SHAMAN KING.. aku suka tgk anime.. tiba2 aku teringat research ku.. msh belum bergerak lagi.. mati lah aku.. xlama lagi mau hntr tp utk bab 4 dan 5 belum ada apa2 lagi.. ssh la ni.. end of january da.. tolong aku. aku xda idea mau buat..

tolong....

Sunday, January 30, 2011

Rujukan ; Semak Kualiti Handphone Anda!!

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??


Jom2, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera....

Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.


Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . ...)


Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.


Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.


Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.


Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.


Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.


Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.



ini sj maklumat yg boleh dikongsi hasil copy n paste dari rakan2 blog lain.... 


fahmijarai2011..

aKu peNcinTa wAnIta..!!

assalamualaikum frenz....


terima kasih yg tak terhingga kerana sudi membaca blog ku seterusnya menjadi follower dlm blog aku ni.. walaupun blog ku yang xseberapa ini, namun kamu semua sggp membaca... love u all....


lucu pula budak di atas tu..hehe.. tkt semacam jak..


tajuk post aku kali ini adalah aku pencinta wanita.hehehe.. sj ja aku mau buat tajuk ni sebab ntah.. suka2 jak bha.. malas pula aku mau jiwang2 sekarang. xpandai aku semua tu.. minta dari yang berpengalaman la.. sememangnya aku mmg pencinta wanita.. hee.. xkn lelaki pula.. tkt aku.. bercerita sal ni, aku ada suka seorang budak perempuan ni.. hehe.. sapa la tu.. tp aku biarkan jak la.. aku da ckp semuanya pada dia tp.... tunggu jak la.. ntah bila dia mau ckp aku pun xtau. mgkn tggu aku hilang dari bumi sarawak kot..hehe.. mcm mana la aku mau pujuk hati ku ni.. xdpt pula aku suka yg lain mun da ada aku suka.. gila...huhuhu






da la.. cukup la cerita aku tu.. tkt melarat lagi.. terkeluar semuanya.. xmau aku.. cukup la sekadar yg di atas tu.. hee.. malas mau fikir banyak2.. nnt menyakitkan hati pula.. skrg waktu time utk bebas ke mana saja..
hari ni aku agak malas ckit..(bukan aku memang malas ka???))hehe..
da la seharian aku tgk anime jak.. cm budak2 jak.. haha..


erm, jadi single lagi bgs buat masa skrg.. sebab aku malas mau buat2 semua ni.. tggu jak yg sorang tu.. mun dia mau la..hahah.. nnt lgi aku aku buat post.. da hbs da..
hee..

Friday, January 28, 2011

Kebetulan Ka???

assalamualaikum...


Hari ini hari jumaat.. hari segala penghulu hari. kelmarin, aku xsempat mau menulis dlm blog aku. xtau apa nak tulis. xpa la.. secara ringkasnya, banyak juga kau lalui kelmarin. tp aku lupa da.. itu xpntg.. yg pntg, jd kan pngjarn mun ada slh..he.. byk program aku sebenarnya..tp semuanya xjdi.. ntah bila la jdinya..


hari ini, aku lmbt bgn.. nsb baik bus lmbt dtg ambil.. dah dua kali ak mcm ni.. nsb baik sempat..hehe.. sperti besa, dlm wad agak boring sbb ak ni xpandai cari kerja.. jd, tu la jd boring. bilik side room jadi mangsa keadaan tmpt kami melepak membuang keboringan yang ada.. hari ni macam2 terjadi. aku pun xtahu ni knp..


spt besa kami curi2 kluar dari wad utk solat jumaat. da la lmbt kuar, mkn pun blm. org azan, kmi msh lg mkn. dlm kami mkn ku, aku ternmpk seorg doktor yg ku knl..hehe.. DR Nizam aku jumpa hari ni. lepas tu, kwn adik aku 1 sekolah lg jumpa.. Hasan namanya.. heheh sempat juga aku bercerita dengan Dr Nizam dan Hassan walaupun skejap.. hbs solat jumaat, bus balik lmbt jalan. kali smpi di HUS, kami ditinggalkan bus lgi.. aduh, sedihnya.. kami da smpai dia teruskan perjalanan jak. dasar punya bus..  tpi aku xmau la memaki ni sebab baru ja lepas solat, xkan mau buat dosa lagi. simpan dlm hati jak.. ikut bus office hour..


dlm menunggu bus office hour, aku tersgt la mengantuk. tp ada 1 bus ni, trn 1 penumpang, kali ak tgk penumpang tu, mcm aku knl. Staff nurse Labik duhal... terus ak pergi tmptnya.. hahaha,. sbb aku knl staff nurse ni masa dkt psikiatrik miri dlu.. difahamkan dia telah berpindah ke HUS di FMW. sempat juga bercerita. pas tu, ak sambung tidur di bustop.. dlm aku tidur, ada org duduk sebelah aku. kali tgk mcm knl.. tgk dua kali, rupanya staff NUrse Hamdiah. sm juga dr Psikiatrik Miri.. dia telah berpindah kem HUS di MOW. byk juga kami cerita kan.. hehe.. smpailah bus smpai.. 


itulah kejadian yang terjadi pada aku tadi. xku sangka, aku terjumpa 4 org yang aku kenal secara berturut-turut. apuu... aku pun xtau apa mau ckp lagi. berterima kasih aku sbb mereka belum melupakan siapa aku.
sekarang target aku, aku mau jumpa JM di siburan. btl2 aku mau juumpa... lama da xjumpa,,
dlu pernah terserampak dgn kak yati dan kak Milly.. best btl drg..heheh


seperti setiap petang, aku akan main bola tampar.. tp hari ni terlalu buruk mainan aku.. tp xpa, biar ja la..
nnt lagi aku merapu dlm blog ni,., nntkan arr kwn2.. see u...

Wednesday, January 26, 2011

KSKB Di Kuarantin????

Assalamualaikum frenz....


Hari ini, keadaan wad agak boring la.. td pagi, ada pesakit yang LO da.. pesakit ya, xpat polah papa g. nya nang dlm DNR bh.. so, xperlu mbak emergency troli. sbnrnya aku bkn mau bincang sal ni, aku tgh pening sal kes clerking ku.. apa yg mahu ku buat arrrr.. Aku dpt pt sindrom nifrotik tp aku blm buat research sal ya..
sal minit aku cari td. awal kuar tp bus lmbt jln. tunggu yg lain . penat jak balik awal. pas ya, dlm bus tidur shingga sampai kolej. tiba2 kami dikejutkan bahawa tidak dibenarkan balik hujung minggu ni. DIBATALKAN SERTA MERTA. aku pun binggung, kenapa jadi mcm ni.. aku tidak ambil peduli la sebab aku mmg xdpt balik pun. haha rumah kesayangan ku di sabah. 






Pas aku bangun dari tidur, tiba2 meld bagi tau aku yang kami di kuarantin selama 5 hari disebabkan H1N1 yang berlaku. terus aku terfikir, budak sem 6 nursing yang kena H1N1. terus masuk ICU. kesian aku tgk budak tu. bukan apa, da hbs study, time ya juga kena. tp apa boleh buat, takdir dah ditentukan. bagi mereka yang belajar di kolej, lgsg tidak dibenarkan keluar manakala bagi yang praktikal, tetap diteruskan. memang agak susah tp apakan daya, H1N1 ni susah sgt. takut pula aku. lama nya di kuarantin. 5 hari. mcm duduk dalam apa jak. da la kolej ni kantin nya teruk. mcm mana la dorang memasak. gila...






berkenaan dengan kami yang dikuarantin, lgsg xboleh kluar.. sabar jak la.. utk mengelakkan dari merebaknya jangkitan. so, sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak kolej. syabas buat pengarah KSKB yang baru. sebagai warga dalam KKM, langkah berjaga-jaga harus diambil bagi mengelakkan mengjangkiti orang awam. tp yang kami bekerja ni?? hahaha.. sama ja kan..




walaupun dikuarantin, aku tetap mau kluar jua.. hujung minggu ni, aku cari jalan supaya boleh kluar.. lalu kubur tu la.. jalan tikus.. 1st time pual dikuarantin sbegini.. ok la kawan2, sampai sini ja coretan ku, nnt aku sambung lagi. mun aku rajin...