Kisah ini menceritakan tentang perbuatan kaum nabi Lut. Nabi Lut menghadapi perbuatan jelak kaumnya iaitu kaum sodom yang tidak dapat dikekang kehendak mereka bagi melakukan hubungan sejenis. Satu perilaku yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia sejak zaman Nabi Adam A.S. Allah mengutuskan tiga malaikat iaitu Jibrail, Mikail dan Israfil bagi meranapkan kaum ini. Dalam perjalanan ke arah kaum Sodom, Malaikat-malaikat ini singgah bagi menemui nabi Ibrahim dan Sarah. Oleh kerana Nabi Ibrahim menganggap mereka sebagai tetamu, maka beliau menghidang lembu panggang tetapi beliau mula merasa hairan dan takut kerana mereka tidak menyentuh makanan itu. kemudian mereka memberitahu kepadanya yang mereka adalah malaikat yang diutus bagi melingkupkan kaum Sodom yang berdosa itu serta membawa berita gembira mengenai anak yang akan dilahirkan oleh Sarah yang bernama Ishak (Nabi Ishak).
Malaikat-malaikat itu pun sampai di penempatan Nabi Lut lalu menyamar sebagai jejaka-jejaki tampan dan meminta dijadikan tetamu kepada anak perempuan nabi Lut. Beliau yang menyangka mereka itu manusia dengan segera memberitahu ayahnya supaya menerima mereka sebagai tetamu sebelum diganggu oleh penduduk setempat. Nabi Lut melayani mereka sebagai tetamu tanpa pengetahuan penduduk sekeliling, namun isterinya keluar dari rumah dan memberitahu orang ramai mengenai kehadiran jejaka-jejaka itu.
Maka orang ramai berkerumun di luar rumah Nabi Lut dan memaksa beliau menyerahkan tetamu-tetamunya supaya dapat dilakukan hubungan jijik dengan mereka. Keengganan Nabi Lut berbuat demikian tidak dapat menghalang kehendak luar tabii mereka itu. Lalu para malaikat itu memberitahu kepada nabi Lut supaya membawa keluarganya keluar dari kawasan penempatan itu kerana azab Allah akan tiba sebentar lagi. Mereka meminta supaya Nabi Lut tidak memandang ke belakang apabila azab diturunkan. mereka pun meninggalkan kampung halaman dan para malaikat membalikkan semua bandar yang berhampiran yang diduduki oleh kaum nabi Lut serta mereka dihujani batu-batandari langit. Pada ketika itu, isterinya menoleh kebelakang lalu ditimpa dengan batu itu. Beliau juga punca salah satu permasalahan kerana mendedahkan kehadiran tetamu di sisi suaminya. Kini, tempat turunnya azab itu adalah sebuah tasik yang tidak terdapat sebarang kehidupan kerana terlalu masin dan dikenali sebagai LAUT MATI.
note : petikan di atas diambil dari buku BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN..
tidak pandai mengarang aku ni...
No comments:
Post a Comment