Kisah kekuasaan Dajjal akan dibuka, bersediala untuk terima hakikat sebenar bahawa dunia yang kamu hidup sekarang ini adalah satu dunia ilusi ciptaan Dajjal laknatullah. Satu dunia yang hanya wujud dalam minda kamu, satu dunia palsu.
Pernah kamu bayangkan mengapa seekor burung dapat membesar dan terbang bebas di angkasa, keluar pagi dengan perut lapar dan pulang petang dengan perut kenyang tetapi kita manusia tetap akan lapar kalau tiada WANG? Apakah wang itu? Wang itu adalah kertas yang diberi nilai. Apakah itu nilai pada wang? Suatu bentuk penghargaan yang berada di dalam minda. Tanpa nilai, wang hanyalah tak ubah seperti tisu yang kita guna untuk lap tangan dan buang lepas makan di kedai.
Tak cukup dengan membuat kita bergantung kepada duit, Dajjal membuat kita bergantung kepada BARANGAN BUATAN MANUSIA berbanding barangan buatan Tuhan. Siapa di antara kita yang lebih suka mengadap komputer dari berjalan2 di waktu petang sambil menghirup udara nyaman dan meneliti dedaunan yang jatuh, betapa hebatnya pokok dicipta tak rebah ditiup angin, betapa hebat burung dicipta dapat terbang tanpa perlu diisi minyak. Tapi kita masih duduk depan pc mengadap facebook.
Selepas bergantung kepada barangan, Dajjal nak pisahkan agama dari kehidupan manusia. Maka diberikan hiburan yang cukup melimpah ruah, dari nyayian, alat muzik, bola sepak, fesyen terbaru, beh tangan, kasut, night club, arak, dan banyak lagi sampai tak terhitung. Manusia mulai menyukai semua hiburan ini dan sedikit demi seidikit meninggalkan al-Quran. Dan generasi seterusnya jangankan membaca al-Quran, mempelajarinya pun tiada masa.
Akibat perbuatan dosa yang dilakukan secara berleluasa, rasa bersalah manusia kepada Tuhannya semakin kurang dan lama-lama tak rasa bersalah langsung. Menutup aurat kerana rasa malu telah hilang malah RASA MALU KERANA MENUTUP AURAT! Bila aurat dibuka, mereka terasa bangga kerana kononnya maju. Kaum lelaki yang melihat, saban hari mengalami penderitaan mental kerana melawan nafsu.. dan akhirnya berlakulah penzinaan, rogol dan sebagainya namun lelaki tetap dipersalahkan. Lelaki muda bernafsu kuat bukan kaya, tapi orang perempuan letak mas kahwin tinggi menggila.
Kini, manusia menyembah dunia yang dicipta oleh Dajjal, ada yang mengaku beragama Islam namun minum arak, berpeluk dengan bukan muhrim malahan berzina. Mereka ni golongan derhaka atau Fasiq.
Berapa ramai di antara kita yang gagal membaca al-Quran dengan fasih? Yang tak memahami maksud (terjemahan) dalam al-Quran? Bahkan sikit sekali yang dapat memahami intipati Al-Quran.
Perhatikan sekeliling anda, apakah anda bebas seperti burung yang menjadi hamba Allah swt, atau terikat kerana menjadi hamba Dajjal? Wallahua'lam - IN
note: terima kasih kerana mengikut kisah ini untuk bhgn ke2.. sm2 la kita berdoa kepada Allah SWT untuk dihindari drpd Fitnah Dajjal Laknatullah...

yupp...tuk kterangan yg lbih tprinci sila2 la buka the arrival 60 episode in u tube....so much facts there that really can open up our eyes...
ReplyDeletebtl2. ckp ko tin. aku blm hbs lg tgk the arrival tu...
ReplyDelete